Rabu , 25/08/2010 – Rejim Zionis memaklumkan PBB pada Jumaat lepas bahawa pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan bagi menghalang konvoi kapal bantuan terbaru daripada sampai ke Genting Gaza yang dikepungnya.
Dalam satu surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Duta rejim Zionis ke PBB iaitu Gabriela Shaley berkata bahawa cubaan sebuah kapal kargo tajaan Negara Bolivia yang diberi nama Mariam dan akan membawa hanya penumpang wanita sebagai “satu tindakan yang merosakkan sekatan ke atas perairan Gaza.”
Dia turut menambah bahawa rejim Zionis ada menerima maklumat tentang sebuah kapal lagi yang diberi nama, Najj al-Ali, sedang merancang untuk berlepas dari sebuah pelabuhan di Lebanon dengan tujuan untuk memecahkan sekatan.