Rabu , 25/08/2010 – Hasan Karajeh, saudara tawanan perempuan Yasir Hasan Karajah (22 tahun) dari daerah Shafa, Ramallah yang sedang terperosok dalam penjara Israel meminta pihak Hak Asasi Manusia tempatan mahupun antarabangsa agar segera menyiasat dan menghentikan penderitaan yang dialami saudara perempuanya di penjara Israel.
Saudaranya yang ditangkap sejak 20 Oktober 2009 lalu, sering menghantuk-hantukan kepalanya ke tembok di penjara Damona, kerana sikap pihak penjara yang tidak menghiraukan keadaan kesihatan tawanan perempuan Palestin. Sebelumnya Yasir Karajeh dibawa ke doktor gigi Damona untuk mencabut gigi rahangnya, namun kerana kecuaian atau disengajakan, sakitnya merebak ke bahagian gigi yang lain. Disebabkan kesakitan yang amat sangat beliau menghantukkan kepalanya ke tembok.
One reply on “Tawanan Wanita Menghantukkan Kepala ke Dinding”
kemelampauan israel kadang2 kita tak terjangkau.melampaui batas pemikiran kita..dasyat!perang psikologi dan fizikal yang amat menyeksa saudara kita di palestine…teruskan boikot!