Categories
Berita Semasa

Yoav Galant.. Dalang “Pembunuhan beramai-ramai (holocaust) Gaza” memimpin tentera Zionis.

Rabu , 25/08/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, melalui proses yang amat teliti, telah melantik ketua bahagian ketenteraan “zon selatan”, Jeneral Yoav Galant, untuk memimpin pasukan ketenteraan Zionis untuk sesi hadapan. Pemilihan Galant disokong lagi apabila beliau sendiri adalah antara perancang dan penggerak utama di sebalik “pembunuhan beramai-ramai Gaza”. Galant bertekad untuk meneruskan rancangan pembunuhan tersebut yang akan berterusan menjadi hala tuju Zionis sehingga masa hadapan.

Yoaz Galant adalah orang yang pertama yang dilantik dari kalangan pegawai Tentera Laut untuk mengambil alih pentadbiran ketenteraan Zionis, beliau yang juga adalah dalang “pembunuhan beramai-ramai Gaza”, satu insiden yang telah merampas nyawa 1450 syuhada dan mencederakan lebih 5000 lain. Perlantikan beliau menguatkan lagi bukti bahawa pihak Zionis memang merancang untuk peperangan dan berusaha ke arah itu.

Galant dilahirkan di petempatan pendatang haram Israel di Jaffa, manakala ibunya pula sendiri adalah pendatang Yahudi dari Eropah. Gallant telah menyambung pendidikannya dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan di Universiti Haifa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  Azleen