Categories
Berita Semasa

Pemimpin Fateh dan Hamas Akan Bertemu di Gaza Sabtu Ini

Rabu , 25/08/2010 – Ahli Jawatankuasa Pergerakan Fateh, Sakher Bseiso menyatakan bahawa para pemimpin Fateh and Hamas akan mengadakan pertemuan di Gaza pada Sabtu ini dalam usaha meleraikan perpecahan dalaman dan mencapai persefahaman.

Bseiso memberitahu wartawan “Maan” di Gaza bahawa pucuk pimpinan kedua-dua pergerakan ini bersetuju bersemuka untuk perbincangan ke arah persefahaman. Beliau berkata, isu utama bukan tentang menandatangani sebarang perjanjian. Tambah beliau, perbincangan dan usaha seumpama itu seharusnya berteraskan kepercayaan dan niat yang ikhlas. Beiso seterusnya menyatakan, tiada kumpulan yang boleh mengabaikan kewujudan kumpulan lain. Menurut beliau, kesemua pergerakan politik bertindak dengan visi yang jelas serta memiliki agenda menuju persefahaman dan perpaduan.

Perdana Menteri kerajaan Hamas yang telah dibubarkan, Ismail Haniyya menyeru wakil-wakil Fateh untuk bersemuka dengan kepimpinan Hamas bagi membincangkan tentang perpaduan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  idawati