Categories
Berita Semasa

Penganjur bantahan anti-tembok pemisah bebas tuduhan baling batu, tuduhan provokasi

Khamis , 26/08/2010 – Penganjur bantahan, Abdallah Abu Rhamah yang berasal dari Bil’in, sebuah perkampungan kecil di tengah Tebing Barat, telah didapati bersalah mengadakan provokasi dan menganjurkan bantahan yang haram dari segi undang-undang pada Selasa lalu, selepas dibicarakan oleh pihak tentera rejim Zionis selama 8 bulan. Beliau dipenjarakan sepanjang menghadapi perbicaraan yang panjang itu. Beliau juga didapati tidak bersalah atas tuduhan membaling batu dan memiliki senjata.

Keputusan perbicaraan Abu Rahmah telah dibacakan pada hari ini dalam sebuah bilik mahkamah tentera, mengakhiri perbicaraan bermotifkan politik selama 8 bulan. Para diplomat dari Perancis, Malta, Jerman, Sepanyol dan Britain, serta para perwakilan daripada Kesatuan Eropah hadir untuk memantau perjalanan perbicaan itu. Ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya hadir untuk memberikan sokongan moral.

Abu Rahmah yang merupakan Koordinator bagi Jawatankuasa Terkenal Bil’in yang Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan Haram Yahudi telah dibebaskan daripada 2 pertuduhan (jumlah pertuduhan asal adalah 4) iaitu membaling batu dan memiliki senjata berbahaya.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa