Khamis , 26/08/2010 – PBB berkata hari ini, misi penyiasatan oleh Jawatankuasa Majlis Hak Asasi Manusia untuk menyiasat serangan Israel terhadap armada kebebasan pada bulan Mei lepas telah memulakan soal-jawab dengan saksi-saksi di Turki dan Jordan.
Misi yang bertujuan menemukan kebenaran itu diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Carl Phillips dan ahli Desmond de Silva, Shane Dairiam. Misi tersebut bermula minggu lepas untuk menemuramah saksi-saksi di London dan Geneva dalam usaha mengumpulkan maklumat awal bagi tujuan penilaian berdasarkan laporan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Majlis Hak Asasi Manusia tersebut terdiri daripada 47 orang ahli yang telah dipilih pada Jun. Hasil daripada misi ini, satu laporan dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat bulan September akan datang. Radio Israel memetik kata-kata seorang pegawai kanan, “Pihak berkuasa Israel percaya, kerjasama dengan misi seumpamanya akan memberikan pengesahan kepada Majlis Hak Asasi Manusia itu yang terus melaksanakan taktik anti-Israel.”
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati
One reply on “PBB Memulakan Misi Penyiasatan Armada Flotilla”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7349 // TAGS: flotilla This entry was posted on Thursday, August 26th, 2010 at 11:12 […]