Jumaat , 27/08/2010 – Perwakilan Tinggi Hal Luar Negeri dari Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, menyatakan keprihatinannya terhadap keputusan regim Israel untuk menghukum pencetus tunjuk perasaan, Rhamah Abu Abdallah dari Bil’in. Bil’in merupakan sebuah desa kecil di tengah Tebing Barat.
Abu Rhamah telah dituduh bersalah oleh mahkamah tentera regim Israel pada hari Selasa atas kesalahan menghasut dan menyusun demonstrasi haram. Beliau sebelum itu telah pun berada di dalam tahanan tentera selama 8 bulan. Beliau dibebaskan dari tuduhan membaling batu dan memiliki senjata. Desa Bil’in telah menganjurkan tunjuk perasaan secara aman terhadap regim Israel yang membina tembok di atas tanah penduduk kampung sejak dari enam tahun yang lalu.
Sebagai ahli Jawatankuasa Popular dan penyelaras sejak ia mula dibentuk pada tahun 2004, Abdullah telah mewakili desa Bil’in ke seluruh dunia. Pada Jun 2009, beliau menghadiri perbicaraan undang-undang di Montreal untuk menentang dua syarikat Kanada yang membina penempatan haram di tanah Bil’in. Pada Disember 2008, beliau turut serta dalam lawatan ucapan mengelilingi Perancis, dan pada tarikh 10 Disember 2008, iaitu tepat setahun sebelum penangkapannya, Abdallah menerima Carl Von Ossietzky. Ia merupakan Pingat untuk Perkhidmatan Posisi dalam Realisasi Hak Asasi Manusia yang diberikan oleh Kumpulan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia di Berlin.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada
4 replies on “Kesatuan Eropah, Ashton Menyatakan Kebimbangan terhadapa Penangkapan oleh regim Israel ke atas Seorang rakyat Palestine yang merupakan Seorang Aktivis Hak Asasi Manusia”
DENGAN SEGALA KEKUATAN/KESUNGGUHAN/KESEDARAN (segarkan)
Pengertian JIHAD dalam bahasa yang mudah adalah “melakukan sesuatu perkara dengan dengan nama Allah/berjuang kerana ALLAH. Jadi apa-apa perbuatan yg dilakukan kerana Allah oleh kita sebelum ini/sekarang/akan datang adalah Jihad.
Dalam laman blog ini menyentuh aspek persoalan Jihad membebaskan bumi Palestin yang sekian lama menderita selepas kejatuhan Daulah Uthmaniah pada tahun 1924.
Jadi Jihad apakah yang harus dilakukan?
DOA
-Berdoa kepada Allah supaya mereka di sana diberi kekuatan untuk menghadapi tribulasi/mehnah/dugaan yg melanda.
-Berdoa juga untuk diri sendiri supaya kita juga diberi kekuatan supaya boleh bertindak lebih daripada sekadar berdoa.
DERMA
-Mendermakan apa sahaja yg termampu seperti wang ringgit, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan juga senjata supaya mereka dapat mempertahankan diri. Bukan sekadar makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
-Mereka bukan seperti haiwan di dalam reban yang menunggu masa gemuk untuk disembelih oleh para Thagut!
BOIKOT
-Memboikot ekonomi/perkhidmatan yang nyata memberi dana kepada pertubuhan Yahudi Zionis. Walaupun syarikat tersebut hanya francais kepada mereka.(mereka tetap mendapat dana tersebut). Malaysia tidak terkecuali.
PENULISAN
-Menulis/menyebarkan artikel berkenaan permasalahan umat Islam di serata dunia dengan harapan dapat membuka mata dunia khususnya umat Islam yang tidak ditimpa ‘malapetaka’ seperti mereka. Sedarkan mereka dari lamunan. Hidup ini bukan setakat makan, minum dan berhibur, tetapi lebih dari itu!
DEMONSTRASI
-Bersama berkumpul bersama mereka bagi menunjukkan sokongan atas isu-isu yang melibat permasalahan umat Islam. Ingat! hak untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan, Jangan termakan oleh dakyat mereka “demostrasi bukan budaya kita”. Habis, yang Armahum Dato’ Onn Bin Jaafar buat dulu apa? Bukan demostrasi untuk menarik sokongan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Dan lihat pula bila berapa buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat, mereka menjilat semula ludah mereka dengan mengadakan demostrasi!
SUKARELAWAN
-Membentuk/membimbing pasukan sukarelawan untuk dihantar ke tempat konflik. Kerana dengan bersatu/sepakat, kita akan menang.
-Kerana apa? Kerana pihak Zionis berjaya mempersiapkan pemuda/tentera untuk menyembelih umat Islam.
-Dan mustahil kita hanya mampu melihat, Ini semua kerana kalimah Jihad berjaya disempitkan. Persoalan Jihad menjadi perkara taboo (pantang) untuk dibicarakan kini.
JIHAD HAWA NAFSU/EKONOMI/ILMU
-Akan terus berlangsung andai hayat masih dikandung badan. Jihad ini boleh disemai jika negara itu tidak mengalami konflik. Tetapi jika apa yang berlaku seperti di Palestin dan dimana sahaja tiada Jihad selain Al-Qital (peperangan). Untuk membebaskan dan mengembalikan semula maruah diri.
-Sesuatu yang amat pelik, jika Yahudi Zionis berjaya mempersiapkan para pemuda untuk menyembelih umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu. Ya, menahan nafsu untuk kesana demi memuaskan nafsu di sini.
-Tiada tanda aras/kayu pengukur untuk menunjukkan kita sebenarnya berjaya berjihad hawa nafsu/ekonomi/ilmu. Melainkan mereka yang berjihad dengan semua Jihad yang ada. Bukan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian lagi dengan pelbagai alasan untuk menunjukkan ada jihad yang lebih besar. Ingatlah sesuatu perkara yang dilakukan kerana Allah adalah BESAR. -Persoalan Palestin menuntut pengorbanan kita semua. Segarkan/cerahkan minda dalam memahami erti JIHAD.
apa kena mengena ayat2 ini dlm hal palestine ni? “Ingat! hak untuk berhimpun dijamin oleh perlembagaan, Jangan termakan oleh dakyat mereka “demostrasi bukan budaya kita”. Habis, yang Armahum Dato’ Onn Bin Jaafar buat dulu apa? Bukan demostrasi untuk menarik sokongan orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Dan lihat pula bila berapa buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat, mereka menjilat semula ludah mereka dengan mengadakan demostrasi!”
kenapa nak disamakan politik msia dgn kisah palestine israel???
kelakar…sorang manusia pun terpaksa ditangkap beramai-ramai.memang bangsa pengecut lagi sampah :p
kepada saudara abun.itu hanya perumpamaan.kerana ada pihak mengatakan demonsrasi bkn budaya kita!sedangkan sejarah sudah membuktikan demonstrasi adalah satu cara tunjuk perasaan.spt yg dilakukan pejuang terdahulu.dan memang pelembagaan membenarkannya.sy hanya kaitkan apa yg berlaku di malaysia/depan mata.
-kisahnya hanya demonstrasi di palestin ada demonstrasi bergitu juga di malaysia.jika ada perkaitan,terpulang pd penilaian masing2
-terima kasih respon ulasan saya