Isnin , 30/08/2010 – Tentera rejim Israel telah menceroboh Masjid Hamza bertempat di bandar Seir di timur Hebron dekat Tebing Barat pada waktu subuh hari ini. Sumber-sumber keselamatan mengatakan tentera rejim Israel turut menggeledah masjid tersebut serta beberapa rumah di bandar Seir.
Sumber-sumber juga menyatakan, kawasan bandar Nuba, Seir, Halhoul, Samoa dan Al-Thahereyah di Ras Al-Jura turut dicerobohi. Namun, tiada penahanan dilaporkan. Di Kota Lama Hebron, tentera Israel menahan enam orang inspektor daripada Perbandaran Hebron selama dua jam sebelum dibebaskan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati
One reply on “Rejim Zionis Menyerang Sebuah Masjid di Hebron”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7371 // TAGS: israel, zionis This entry was posted on Monday, August 30th, 2010 at […]