Isnin , 30/08/2010 – Perdana Menteri, Ismael Haniyeh menegaskan bahawa perundingan dua hala oleh “Pentadbiran Fattah” yang kononnya membincangkan masa depan penjajahan (Zionis terhadap Palestin) sebagai, “rundingan yang sia-sia, memburukkan keadaan dan langsung tidak bermanfaat”, dan tambahnya lagi, “rundingan adalah tidak sah dari segi perlembagaan, perundangan, mahupun berpaksikan rakyat atau Negara, tetapi sebaliknya ia memburukkan lagi proses baik pulih Negara Palestin”.
Haniyeh mejelaskan, dalam ucapannya sempena majlis berbuka puasa mega anjuran badan-badan kebajikan di Khan Younis, hari Khamis yang lalu (26 Ogos), yang dijalankan khas buat kaum keluarga para Syuhada’, tahanan, mereka yang cedera dan orang yang memerlukan bantuan khas, bahawa Kerajaan Palestin akan terus menyokong pendirian rakyat Palestin, serta memberi sepenuh komitmen untuk membantu para pejuang yang ditahan, mereka yang cedera dan lain-lain lagi.
Perdana menteri menambah lagi bahawa kejadian seperti ini menguatkan lagi bukti kekejaman Penjajah Zionis, dan keganasan yang mereka rancang terhadap rakyat Palestin, dan pada masa yang sama, mendedahkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa dan global terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat Palestin baik dari segi pembunuhan, pemusnahan perkampungan, penahanan serta pencabulan hak asasi mereka.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen