Isnin , 30/08/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah menegaskan, perundingan langsung antara Pihak Autoriti (PA) Fatah dengan penjajah Zionis adalah perundingan sia-sia dan tidak sah, sama ada dari sudut undang-undang, sokongan rakyat, mahupun nasional selain menyia-nyiakan kepentingan rakyat.
Dalam pidatonya ketika majlis berbuka puasa bersama sejumlah badan sosial di Khan Yunis, Khamis (26/8) Haniyyah menyebutkan, pemerintah Palestin akan terus mendukung perjuangan rakyat. Pihaknya bertekad untuk memberikan bantuan khususnya kepada keluarga para syuahada dan tawanan serta mereka yang cedera.
Haniyyah menegaskan tindakan PA Fatah menunjukkan sokongan terhadap jenayah serta tindakan terorrisme Zionis terhadap rakyat Palestin. Sementara itu, sikap berdiam diri antarabangsa terhadap penderiataan rakyat, berupa pembunuhan, pengusiran dan penangkapan serta pelanggaran terhadap hak-hak perlembagaan adalah juga satu bentuk kejahatan.
sumber : COMES
penterjemah : osman