Khamis, 02/09/2010 – Haneen Zuabi, Ahli Parlimen Arab Israel yang terkenal dengan kelantangannya bersuara memberitahu jawatankuasa siasatan PBB terhadap tragedi armada flotilla bahawa komando-komando Israel telah diberi kebenaran untuk membunuh.
“Saya beritahu penyiasat PBB di Amman bahawa serangan Israel sememangnya ganas sejak mula dan mereka memang berniat untuk membunuh tanpa mencuba untuk mengelakkan pertumpahan darah,” Zuabi memberitahu AFP. Zuabi merupakan salah seorang penumpang Kapal Mavi Marmara yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza apabila 9 aktivis warga Turki terbunuh dalam serbuan komando Israel.
“Saya dapat merasakan para penyiasat adalah serius dengan misi mereka. Mereka menanyakan soalan yang jelas dan saya juga memberi jawapan yang jelas. Saya menekankan bahawa komando-komando Israel itu memang berniat membunuh para aktivis yang tidak bersenjata.”
Israel pula mengatakan, komando tentera lautnya hanya bertindak ganas apabila mereka diserang sewaktu tiba di kapal. Namun, para aktivis bertegas bahawa tentera-tentera itu yang memulakan tembakan.
sumber : Yahoo! News
penterjemah : idawati
One reply on “Ahli Parlimen Arab Israel: Israel Memberi ‘Kebenaran Untuk Membunuh’ Di Kapal Gaza”
astaghfirullahal `azim