Categories
Berita Semasa

4 rakyat Israel terbunuh dalam satu tembakan di selatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat

Khamis, 02/09/2010 – 4 orang warga Israel dalam satu tembakan di Jalan Nombor 60 kepunyaan pendatang haram Yahudi berdekatan penempatan haram mereka di Kiryat Arba, selatan Tebing Barat. Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Sumber rejim Zionis melaporkan bahawa dua lelaki dan dua wanita, seorang daripadanya sedang mengandung terbunuh apabila pihak Palestin melepaskan tembakan kepada mereka. Tentera rejim Zionis (IOF) berkata dalam laporannya bahawa serangan itu berlaku berhampiran pintu masuk ke penempatan haram Yahudi dan berdekatan dengan Kampung Bani Noa’am yang dihuni rakyat Palestin. Sehubungan itu, IOF menggeledah kampung itu untuk mencari suspek.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

One reply on “4 rakyat Israel terbunuh dalam satu tembakan di selatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat”

Comments are closed.