Categories
Berita Semasa

Al Qassam Mengaku Bertanggungjawab Terhadap Serangan Di Auvar

Ahad, 05/09/2010 –Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan bertanggungjawab kepada serangan terhadap warga Yahudi di penempatan Auvar di Tebing Barat. Ia merupakan serangan ketiga dalam tempoh tiga hari terakhir dimana aksi pertama menyebabkan kecederaan dan kematian empat orang penduduk Israel di Hebron.

Jurucakap Batalion Al-Qassam, Abu Ubaidah menjelaskan dalam sidang akhbar semalam (Khamis) bahawa Al-Qassam bertanggungjawab atas serangan tersebut. Abu Ubaidah menegaskan bahawa serangan tersebut bukan yang terakhir namun hanya percikan api dari kobaran api besar yang akan datang dengan izin Allah.

Sebelumnya, radio Israel memberitakan berlaku serangan di penempatan Yahudi di Auvar dan pasukan Israel sudah datang ke tempat kejadian untuk menyiasat.

sumber : COMES
penterjemah : osman