Ahad, 05/09/2010 – Sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin memberi sokongan penuh kepada operasi Hebron dan operasi Ramallah, yang telah dijalankan oleh Briged As-Syahid Ezzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan Hamas) dan menyifatkan operasi itu sebagai, “tindak balas semula jadi yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Zionis”, dan pada masa yang sama, “operasi ini bukanlah yang terakhir, tetapi ianya adalah sedikit percikan permulaan kepada kemaraan operasi yang akan datang”.
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan pada sidang media yang dihadiri 13 sayap-sayap ketenteraan dari parti-parti pertahanan Palestin, hari Khamis (2 September) yang lalu di Gaza, bahawa gabungan gerakan pertahanan Palestin telah masuk ke dalam peringkat yang lebih tinggi dan maju dalam perjuangan Jihad dan lapangan gerak kerja mereka menjadi lebih selaras dalam peringkat yang lebih tinggi, mendakan bahawa gerakan ini akan menjadi lebih aktif dan berkesan terhadap pihak musuh, Zionis.
Barisan sayap-sayap ketenteraan ini menolak tindakan salah PA Fattah di Ramallah yang menyertai rundingan sia-sia dan tidak bermanfaat kerana rundingan ini dijalankan hanya untuk menutup segala jenayah pencabulan pihak Zionis terhadap hak rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen