Ahad, 05/09/2010 – Tentera Zionis menahan tujuh warga awam Palestin selepas menceroboh selatan Tebing Barat Khamis pagi lepas. Sumber-sumber Palestin mengatakan pasukan mencari dan mengeledah rumah di Hebron dan kampung tetangga, semua tujuh orang tersebut dibawa ke pusat tahanan tentera, sumber tentera melaporkan.
Juga pada hari sama kereta kebal Israel dan jentolak menyerang daerah dekat kota Rafah, di Gaza selatan. Saksi mengatakan bahawa kereta kebal Israel dan jentolak menyerbu wilayah berhampiran sempadan Gaza Mesir. Sebelumnya pesawat pejuang Israel mengebom kawasan sasaran di Rafah menyebabkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : ameen