Ahad, 05/09/2010 – Ratusan pendatang Israel mula membina penempatan baru pada malam semalam di perkampungan pertanian Baq’a, sebelah timur Hebron, Tebing Barat.
Seorang penduduk kampung bernama Mar’i Jaber (saksi tempatan), mengatakan terdapat sejumlah besar pendatang Israel mencerobohi kampung pada waktu petang dengan membawa simen, pasir, papan dan tangki air. Mereka membuat persediaan untuk memulakan pembinaan penempatan haram di kawasan pergunungan sebelah timur kampung tersebut.
Mar’i Jaber menerangkan bahawa kawasan tersebut yang meliputi keluasan beratus-ratus ekar merupakan hak milik seorang warga tempatan, Abdel Jawad Jaber. Penduduk-penduduk kampung tersebut kini hidup di dalam ketakutan. Mereka ingin tinggal di pergunungan pada waktu malam kerana bimbangkan serangan daripada pendatang Israel.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati
One reply on “Pendatang Israel Bina Penempatan Baru di Hebron”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7438 // TAGS: israel, penempatan haram This entry was posted on Sunday, September 5th, […]