Hamas mengajak umat Islam mempertahankan masjid Aqsa

Khamis , 5/1/2006 –

Berita tentang pembinaan bangunan Yahudi dibawah masjid Aqsa oleh pihak berkuasa Israel akan menyebabkan keruntuhan mesjid tersebut. Tindakan Israel mendapat tentang hebat daripada pergerakan Islam Hamas dan Hamas memberi amaran supaya IOA melakukan sesuatu pada tindakan Israel ini.


Sumber yg bertanggungjawab di Hamas menyatakan Israel telah mencemar kesucian Masjid Aqsa, dan menyeru masyarakat di dunia mengutuk perbuatan Israel. Sumber itu juga mengajak umat Islam dan masyarakat Arab secara serius berdiri menentang Israel yg mahu melakukan sesuatu pada mesjid ke-3 dalam Islam itu.

?Israel akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sesuatu pada masjid itu, dan rakyat Palestine akan melakukan segalanya untuk mempertahankan Aqsa?, sumber tersebut menambah. ?Kami di Hamas tidak akan berpeluk tubuh tentang perkara ini dan kami akan mempertahankan Aqsa walau darah dan nyawa diambil, kerana kesucian masjid ini sentiasa berada dalam hati kami dan juga hati 1.2 billion umat Islam di dunia?.