Ahli Fatah bersenjata kecoh di Tebing Gaza

Jumaat, 06/01/2006 – Sekumpulan ahli Fatah bersenjata pada hari Rabu telah menyerbu pejabat pusat suruhanjaya pilihanraya, kementerian dalam negeri dan ibu pejabat Majlis Perundangan Palestin.

Mereka memprotes tindakan polis Palestin yang menahan salah seorang ahli mereka Ala Al-Hums atas tuduhan menculik aktivis hak asasi manusia British Kate Burton dan ibu-bapanya seminggu yang lalu dan bertegas untuk pembebasan Ala Al-Hums dengan segera, menurut sumber tempatan.

Mereka yang bersenjata ini menutup laluan ke Rafah menyebabkan warga Palestin terkandas di kedua-dua belah terminal. Penculik yang disyaki itu telah ditahan oleh Polis PA di bandar Rafah menyebabkan rakan-rakan beliau melepaskan tembakan mesingan ke udara.