
Isnin ,27/09/2010 – Turki positif dengan laporan penyelidikan PBB yang menyatakan bahawa serangan Israel terhadap armada bantuan Gaza pada Mei lalu adalah melanggar undang-undang antarabangsa.
Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu memberitahu agensi berita Anatolia pada hari Khamis bahawa penemuan dari jawatankuasa ini adalah “sangat wajar dan berdasarkan bukti kukuh.” Laporan menyatakan bahawa tindakan tentera zionis Israel terhadap armada itu adalah “tidak wajar dan amat kejam” dan ianya “menunjukkan tahap kekerasan yang melampau dan kekejaman yang tidak masuk akal”.
Pada 31 Mei lalu, angkatan laut Israel menyerang 8 kapal bantuan ketika mereka belayar di perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Sembilan pekerja bantuan Turki dibunuh oleh bedilan tentera manakala 45 yang lain telah tercedara. Lapan tentera zionis luka ringan dalam kejadian itu.
sumber : Palestine News Network
penterjemah : syuhada
One reply on “Turki Menyambut Baik Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Serangan Armada Bantuan-Flotilla Gaza”
[…] asal: http://palestinkini.info/?p=7547 // TAGS: flotilla This entry was posted on Monday, September 27th, 2010 at 2:13 […]