
Selasa ,28/09/2010 – Pada petang Ahad (26 September), Pasukan Pertahanan Palestin melancarkan operasi pertahanan yang berani dengan mensasarkan 2 buah kereta milik pengganas Zionis di selatan bukit Hebron (selatan Tebing Barat) mengakibatkan 2 pengganas tercedera dan luka-luka. Mereka terus digegaskan ke hospital untuk rawatan. Operasi ini adalah sebagai tindak balas kepada penguguman “meneruskan pembinaan petempatan” oleh rejim Zionis malam tadi.
Menurut sumber media Ibrani, kedua-dua pengganas Zionis (masing-masing berumur 35 tahun) cedera kerana kereta mereka terkena tembakan pada petang Ahad, yang dilepaskan dekat kawasan petempatan “Tinih-Omarim”, selatan bukit Hebron.
Sumber Radio Zionis pula berkata, sebanyak dua buah kereta Zionis rosak teruk, dan dua pengganas Zionis yang cedera dikejarkan ke Hospital Soroka di Bi’ir Sabi’ (selatan Palestin) untuk menerima rawatan. Kejadian ini telah memaksa penjenayah Zionis untuk melakukan pemeriksaan besar-besaran di sekitar kawasan itu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen