Categories
Berita Semasa

Abbas minta Netanyahu lanjutkan lagi 3-4 bulan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram baru

Khamis, 30/09/2010 – Presiden Palestin yang belum dilantik secara rasmi, Mahmoud Abbas meminta Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu melanjutkan lagi 3 atau 4 bulan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi yang baru bagi memberi peluang kepada rundingan damai mencapai sedikit perkembangan memberansangkan.

Abbas berucap dalam satu sidang media yang diadakan secara bersama dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy di Paris pada Isnin semalam bahawa Netanyahu telah memberi tempoh pembekuan selama 10 bulan tetapi tiada perkembangan dalam rundingan damai dan dia sepatutnya melanjutkan lagi 3 hingga 4 bulan memandangkan rundingan damai sedang berlansung.

Kepimpinan Palestin tidak akan memberi respon melulu terhadap penyambungan semula aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi yang baru, kata Abbas. Menurutnya lagi, keputusan hanya akan dibuat selepas berunding dengan kepimpinan PLO dan jawatankuasa susulan Arab yang akan bermesyuarat di Kaherah pada 4 Oktober.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa