Categories
Berita Semasa

2 rakyat Palestin cedera pada hari keempat protes di Silwan

Khamis, 30/09/2010 – Sabtu lalu memasuki hari keempat pertempuran hebat di wilayah Silwan, Jerusalem yang menyaksikan kehadiran yang luar biasa ramai tentera rejim Zionis (IOF) yang menjadikan kawasan kejiranan Batn al-Hawa sebagai zon tentera, kata sumber tempatan.

Ali al-Ruwaidi, 19, cedera pada matanya selepas beberapa anggota IOF membelasahnya dan menyembur serbuk lada tepat pada matanya selepas mereka menyerbu rumah Ali, kata sumber tersebut. Remaja itu kemudiannya dimasukkan ke hospital. Seorang lagi remaja ditembak dengan peluru getah pada kakinya.

Abu Nasir Abu Sanad yang tinggal di kawasan kejiranan Bustan berkata bahawa isterinya, Haneyya Awda Abu Sanad, 65, kini berada di ICU kerana mengalami strok selepas terkena bom kecil pada Rabu lepas di balkoni rumahnya, sejurus selepas mengetahui kematian suami kepada anak perempuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa