Khamis, 30/09/2010 – Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik Hamas menyeru Jawatankuasa Keamanan Arab, yang akan bersidang pada 4 Oktober di Kaherah, supaya memenuhi janjinya, dengan tidak memberikan lampu hijau bagi rundingan dengan entiti Zionis dalam kegiatan penempatan secara berterusan di tanah Palestin.
Meshaal berkata: “Saya berharap pihak Jawatankuasa Keamanan Arab dapat memenuhi janjinya” sambil menegaskan bahawa” tidak ada ruang bagi saat ini secara tegas untuk memberikan kesempatan bagi menguji niat Zionisme, dan menguji usaha Amerika, kerana mereka tidak dihormati disamping Zionis “.
Pemimpin Palestin itu menegaskan lagi bahawa langkah Gerakan Hamas untuk memenuhi persetujuan kesejahteraan adalah secara benar dan serius, dan kesejahteraan adalah merupakan satu keperluan bagi gerakan Hamas dan Fatah secara bersama, dan sesiapa yang mengatakan sebaliknya mereka adalah sombong, kerana tidak ada sesiapa yang berhajat tentang kesejahteraan “.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif