Categories
Berita Semasa

Hamas : Kepada Abbas, tinggalkan rundingan yang sia sia itu.

Khamis, 30/09/2010 – Dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan Palestin menjadi kenyataan, Hamas menyeru Presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar menarik diri daripada “perbincangan sia-sia” dengan Israel, menamatkan penyelarasan keselamatan dengan pasukan penceroboh, dan berhenti menganiaya penyokong Hamas di Tebing Barat.

Kumpulan itu berkata dalam satu pernyataan Selasa lalu: “Kami menyeru Mahmoud Abbas dan kumpulan Oslo agar segera menghentikan rundingan yang sia-sia, menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan dengan penceroboh Zionis, mengakui kegagalan dan ketidak tentuan pilihan politik mereka, menerima program politik yang melindungi ketetapan dan hak, dan bersungguh-sungguh dan cenderung untuk mencapai perpaduan nasional Palestin. ”

Hamas juga meminta pasukan keselamatan PA agar berhenti menganiaya dan menangkap pejuang Palestin dan kumpulan pejuang yang membela Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz