Categories
Berita Semasa

Kerajaan seru penentangan terhadap penjajah Zionis

Khamis, 30/09/2010 – Kerajaan Palestin di Jalur Gaza menyeru masyarakat dunia dan pentadbiran Amerika untuk menekan entiti Zionis agar menghentikan kesemua penjajahan yang merampas hak tanah Palestin di di Tebing Barat dan Al-Quds. Kerajaan juga menyeru agar rakyat Palestin terus bertahan dan berjuang menghadapi penjenayah Zionis yang ingin terus menjajah tanah Palestin.
Biro Media Kerajaan dalam kenyataannya pada hari Selasa ( 28 September) sempena majlis memperingati 10 tahun Intifadhah Al-Aqsa menyebut : “Lautan dan sungai-sungai, dari selatan ke utara tanah Palestin, kesemuanya adalah untuk rakyat Palestin. Tiada sebarang pengiktirafan hak atau petempatan untuk Zionis, tetapi Zionislah yang telah merampasnya dan mereka pasti akan terusir sekarang atau nanti.”

Kenyataan itu menyeru agar kesemua faksi pertahanan Palestin supaya bersatu melawan penjajahan Zionis dan memaksa Zionis ini untuk menghentikan segala jenayah pencabulan terhadap hak rakyat Palestin dan menegakkan keadilan untuk mereka. Kenyataan itu juga menyarankan kepada PA Abbas untuk tidak menghalang sebarang usaha pihak-pihak pertahanan Palestin dan berhenti menangkap tetapi sebaliknya memberi kebebasan kepada pihak-pihak pertahanan untuk terus memerangi Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen