Serangan Briged al-Qassam telah berjaya mencederakan seorang penduduk Israel

Khan Younis, 6/7/2004 – Qassam telah melancarkan serangan roket al-Qassam bertubi-tubi ke arah pendudukan Zionis dan pos-pos tentera mereka di Jalur Gaza. Beberapa penduduk Yahudi dilaporkan cedera hasil dari serangan tersebut.

Juru cakap bagi Briged tersebut yang tidak mahu identitinya dikenali melaporkan bahawa lima peluru mortar telah dilancarkan ke kawasan perumahan Yahudi Neveh Dekhalim sebelah barat Khan Younis telah berjaya mencederakan seorang penduduk Yahudi.

Bagaimanapun serangan lain yang dilancarkan pada waktu malam (10 malam) pula tidak dapat mencederakan sesiapa pun.

Dalam situasi yang lain pula, salah seorang mujahid dari Briged tersebut pula mengatakan mereka telah melancarkan peluru berpandu Battar ke arah pos tentera Zionist di Abu Holi pada jam 11 malam semalam.

Serangan yang sama juga telah dilancarkan di kawasan penempata Yahudi di Sderot jam 10.55 malam semalam.