Aku, Palestine dan Cyber cafe

Sesekali kedengaran pekikan sorakan dan makian,
Sesekali kedengaran tembakan mortar dan mesingun
dan sekejap sekejap lalau kereta kebal dan askar-askar dibalik tembok-tembok usang.


Kanak-kanak ini masih menjerit-jerit disebelah ku,
sedang aku melayari laman palestine,
membaca kisahnya,
meratap dukanya,
kanak-kanak disekelilingku dengan kencang
menekan-nekan dada papan kekunci,
mata terpaku lekat bagai di glu sekat.

pekikan suara,
deruan mortar dan mesingun,
larian kereta kebal dan kubu-kubu,
adalah dari game terbaru Battlefield 1942,
menghujani minda dan mata masa anak-anak mudaku.

Israel telah menang
sebelum perang bermula,
menawan masa bangsa
agar terus leka
membuang masa

Kelana Jaya
8/7/04
9.51 pagi
Ar