
Selasa ,05/10/2010 – Pada hari Ahad, dua kumpulan hak asasi manusia Palestin menuntut pembebasan segera Sheikh Khader Adnan, seorang pejuang gerakan jihad dan tahanan-tahanan politik lain di penjara Tebing Barat.
Pihak kumpulan hak asasi Dhamir menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan Sheikh Kader Adnan. Penahanan itu disifatkan sebagai berat sebelah kerana tangkapan ditumpukan kepada penyokong dan rakan Hamas serta gerakan Jihad. Penahanan Sheikh Kader telah dilanjutkan kepada 15 hari lagi atas arahan pendakwa ketenteraan di Jenin.
Manakala pusat hak asasi manusia Mizan pula memperbaharui kenyataan akhbarnya dalam mengutuk sebarang bentuk penahanan politik serta menyuarakan kekecewaan di atas pengabaian prosedur undang-undang serta pembicaraan orang awam di mahkamah tentera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati