
Rabu ,06/10/2010 – Dr. Mahmoud Az-Zahar, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pihak Hamas tidak berniat untuk mencetuskan sebarang peperang saudara dengan pihak Fattah, tetapi apa yang Hamas mahukan adalah kesepakatan bersama dan penyelesaian masaalah negara yang diantaranya adalah pembebasan tawanan di Tebing Barat.
Az-Zahar dalam kenyataannya sewaktu sesi seminar anjuran persatuan buruh di Gaza pada petang Isnin (4 Oktober) berkata : “segala program yang dijalankan oleh Hamas adalah bertujuan untuk memerangi penjajah Zionis dan memelihara kesucian Al-Quds sehingga tanah yang dirampas ini (Palestin) bebas semula”. Pada waktu yang sama beliau juga menegaskan bahawa PA Abbas telah melakukan kesalahan besar dalam sejarah kerana berterusan mencari perlindungan daripada pihak Zionis sedangkan pihak Zionis pada hakikatnya tidak pernah langsung mengambil kira sebarang pendapat dari pihak Palestin.
Az-Zahar berkata : “Abbas sudah tahu pandangan masyarakat umum, maka beliau sepatutunya mengambil pengajaran dan membuka mata untuk melihat kemanakah perginya hasil segala rundingan dengan Zionis dan lain-lain lagi”. Beliau menambah lagi : “Mesej yang kami cuba sampaikan kepada warga Palestin adalah, di hadapan kita terbentang jalan yang panjang dan sukar, dan kita tiada pilihan selain daripada terus mempertahankan diri, satu-satunya pilihan yang tinggal untuk kesemua bangsa yang pernah terjajah, sehinggalah Allah memberi kita pertolongan dan kekuasaan.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen