
Jumaat ,08/10/2010 – Yayasan Kebajikan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) mengumumkan Selasa lepas bahawa satu konvoi yang akan melalui jalan darat akan berlepas dari India hingga ke Genting Gaza pada awal Disember nanti.
Yayasan tersebut yang merupakan sebuah NGO membuat kenyataan dalam laman webnya bahawa seramai lebih kurang 500 orang penyokongnya dari pelbagai Negara termasuklah Turki sendiri akan berkumpul di India untuk menyertai konvoi berkenaan. Tambahnya lagi, konvoi tersebut dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember 2010 iaitu sempena perang rejim Zionis ke atas Gaza yang dilancarkan pada Disember 2008 yang lalu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa