
Jumaat ,08/10/2010 – Hamas mengecam hukuman politik yang tidak adil yang dijalankan oleh Badan Kehakiman Ketenteraan Kumpulan Oslo di Ramallah terhadap hak-hak penduduk yang mempertahankan tanah mereka dan mendedahkan sikap ganas Zionis.
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu (6 Oktober), Hamas percaya bahawa tindakan sebegini adalah semata-mata untuk kepentingan politik yang menguntungkan Zionis dan pendatang haram mereka di Tebing Barat, selain memberi kesan negatif dan menambahkan lagi kekangan untuk sebarang dialog persepakatan dan pembaikan Palestin.
Hamas menuntut Presiden Fatah yang hampir tamat pentadbirannya, Mahmoud Abbas, agar dengan segera membebaskan tahanan-tahanan politik, menutup kesemua penjara-penjara, dan menghentikan segala tindakan tidak adil dan hukuman politik yang dikenakan terhadap Hamas dan penjuangnya di Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen