Isnin, 11/10/2010 – Doktor Mahmoud Az-Zehar, wakil Biro Politik Hamas mendedahkan bahawa Hamas dan Fattah sudah mencapai beberapa persepakatan dalam sebahagian besar isu berhubung dengan keamanan Palestin yang telah diutarakan dalam mesyuarat pembaikan negara itu tempoh hari. Beliau menyatakan bahawa perbahasan selanjutnya berkenaan hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat di antara kedua-dua pihak Hamas dan Fattah pada masa yang akan datang.
Dalam temubual eksklusif beliau bersama dengan Pusat Informasi Palestin – yang bakal diterbitkan nanti – , Az-Zehar berkata bahawa Fattah telah mencapai persetujuan dengan Hamas secara khususnya di dalam isu Suruhanjaya Pilihanraya, Badan Kehakiman Khas Pilihanraya dan halatuju serta kepimpinan depan PLO, yang mana isu-isu ini pada awalnya tidak diendahkan oleh Fattah apabila dibangkitkan oleh Hamas sebelum ini.
Az-Zehar menambah lagi : “ketiga-tiga isu ini telah dibincangkan oleh Hamas selepas diabaikan oleh pihak mereka (Fattah) sebelum ini, maka kini hanya tinggal satu isu, iaitu mencari penyelesian berkenaan masaalah keamanan, dan isu terakhir ini akan dibincangkan pada bulan ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen