Categories
Berita Semasa

Menteri menyeru negara-negara Arab selamatkan wanita Palestin

Isnin, 11/10/2010 – Menteri Hal-Ehwal Tahanan di Palestin, Mohammed Faraj Al-Ghoul menggesa Negara-negara Arab agar menyelamatkan wanita Palestin daripada keganasan Israel. Beliau berkata, “Di manakah maruah Arab yang seharusnya rasa tergugat dengan apa yang berlaku pada wanita Palestin.”

Beberapa hari yang lalu media menyiarkan video memaparkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang tahanan wanita yang dihadapkan mukanya ke dinding dalam keadaan tangan diikat dan bertutup mata.

Dalam satu ucapannya di ibu pejabat Kementerian yang dihadiri ratusan menteri, ahli PLC, keluarga tahanan, ketua kesatuan pekerja dan organisasi-organisasi lainnya pada Khamis, Ghoul mengatakan, “Tentera-tentera biadab ini akan terus menari dan mendabik dada selagi tiada yang menghentikan, dan selagi tiada rasa marah dalam darah orang Arab dan Muslim.” Ghoul menambah bahawa video tersebut hanyalah merupakan secebis daripada kekejaman tentera Israel terhadap tahanan baik lelaki mahupun wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati