Jumaat, 27/01/2006 – Ketua Hamas, Ismail Hanneya berkata yg dia menerima pangillan telefon dari Huseein Al-Sheikh, Ketua Fatah dari Tebing Barat, mengucap tahniah kerana memperoleh kejayaan besar dalam pilihanraya semalam.
Al-Sheikh juga menyatakan keputusan pilihanraya akan memberi kesan kepada kehendak penduduk Palestin. Menurut Hanneya, akan berlaku perubahan pada pimpinan Palestin nanti.
?Saya memberi jaminan kepada Al-Sheikh yg dia masih lagi anak bumi Palestin, dan memberitahu kepadanya Hamas akan melaksanakan prinsipnya dlm unit keselamatan kebangsaan dan politik pada masa akan datang,? tambah Hanneyya.
Pemimpin Hamas itu memberitahu yg Hamas akan terus berusaha menentang Israel dan terus berkerjasama dgn semua kumpulan dan persatuan di dalam arena Palestin.