
Sabtu ,16/10/2010 – Pihak Berkuasa Mesir pada Rabu malam memberi kebenaran terakhir kepada kemasukan Konvoi Bantuan Talian Hayat 5 (Lifeline 5) ke Semenanjung Gaza melalui Pelabuhan al-Arish kata Zaher Beirawi, jurucakap konvoi tersebut.
Beliau juga menambah kepada kenyataan yang dikeluarkan kepada Palestin Info Centre (PIC), bahawa pelayaran ke al-Arish, terus ke Gaza akan bermula pada pagi hari Jumaat. Walaubagaimanapun, Kaherah memberitahu penganjur konvoi itu bahawa 10 nama tidak dibenarkan untuk masuk ke Mesir, kata Mohammed Sawalha, ahli konvoi itu kepada PIC.
Penganjur konvoi, sebelum mendapat kebenaran itu memutuskan untuk berlabuh di al-Arish pada hari Jumaat walaupun tidak menerima lampu hijau daripada Mesir kerana penangguhan yang menyebabkan mereka berada lama di Pelabuhan Latakia.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz