
Sabtu ,16/10/2010 – Menteri Luar Negeri Finland Alexander Stubb masuk ke Gaza pagi Khamis setelah beberapa hari Israel menolak permohonan beliau untuk tujuan tersebut.
Sumber-sumber Palestin mengatakan Stubb dibenarkan masuk melalui Beit Hanoun ke Gaza, di mana beliau akan mengadakan beberapa pertemuan dengan badan-badan antarabangsa, pengusaha, dan tokoh-tokoh Palestin. Beliau juga akan melawat kawasan-kawasan yang hancur kerana perang di Gaza.
Beliau dijadualkan melawat kawasan yang hancur di Jalur Gaza utara untuk melihat sendiri sejauh mana kehancuran yang dilakukan oleh Zionis di Gaza. Lebih dari 20000 rumah dan infrastruktur utama hancur dalam serangan tersebut. Kerajaan Israel menolak beberapa hari lepas permintaan Menteri tersebut untuk melawat Gaza, atas alasan bahawa lawatan itu akan mengiktiraf Hamas.
Dalam perkembangan lain, sebuah pasukan bola sepak profesional Jordan tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir. Tariq Khouri, ketua kelab Wihdat Sports di Jordan, berkata beliau telah memohon lebih dari 50 hari lalu utnuk visa masuk dari kedutaan besar Mesir di Amman tetapi setakat ini tidak ada apa-apa respon daripada kerajaan Mesir.
Khouri mengatakan tujuan lawatan ini adalah untuk memecah sekatan empat tahun di Semenanjung Gaza. Pasukan bola sepak mereka akan bermain melawan kelab sukan Gaza dan sejumlah pasukan tempatan di Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen