Kasut Ramzi


Ramzi yang pulang dari sekolah kelihatan amat gembira. Esok hari raya Eidil Fitri, hari semua kaum muslimin akan bersuka ria, ziarah menziarahi, solat sunat eid, baju baru, kasut baru…kasut baru ?, dia merenung kasut sekolahnya. Adakah ianya layak dipanggil kasut ?, ibu jari kakinya kelihatan menari ? nari di celah lubang bahagian depan kasutnya yang telah koyak. Bagaimana dia ingin merayakan hari raya esok dengan kasutnya yang telah koyak ini ?

Itu semua akan berakhir, getus hati Ramzi untuk menenangkan kerisauan yang menyelubungi pemikirannya. Ummi telah berjanji untuk membelikan aku kasut yang baru !, horey, petang ini juga aku akan ke pekan bersama ummi untuk membeli kasut yang baru…horey, aku akan mempunyai kasut yang baru !, selamat tinggal kasut burukku….

Ramzi bersiul ? siul pulang ke rumah. Berjalan laju sambil sedikit melompat kegirangan. Dia tidak akan ke sekolah dengan kasut buruknya lagi. Dia tidak akan bermain bola dengan kasut buruknya lagi, dan yang penting, dia tidak akan beraya bersama rakan ? rakannya dengan kasut buruk itu esok. Kasut Snickers, ya snickers berwarna hitam seperti yang dipakai oleh Hamdan, rakan sekelasnya. Siapa kata anak kem pelarian tidak mampu memakai kasut snickers. Mulai esok , rakan ? rakan sekolahnya tidak akan lagi mentertawakan ibu jarinya yang sering menjenguk keluar dari lubang bahagaian depan kasutnya yang koyak. Esok dia akan berkasut baru !

Dia semakin menghampiri kawasan perkhemahan pelarian yang didiaminya. Ya kawasan perkhemahan yang paling padat di Gaza, bandar yang paling padat di dunia. Ummi memberitahunya semenjak tahun 1956 umminya telah menetap di kawasan perkhemahan tersebut. Malah arwah ayahnya juga turut sama dibesarkan di kawasan perkhemahan tersebut. Dia pernah bertanyakan umminya, mengapa mereka tidak tinggal di bandar Gaza, atau kawasan perumahan yang lain. Umminya sering menitiskan air mata jika soalan tersebut diajukan kepadanya. Ummi, Mak Cik Hana, Mak Cik Nuha, Mak Cik Sulma dan semua rakan ? rakan ummi sering memberikan jawapan yang sama…Yahudi telah mengambil tanah air kita. Mereka telah merampas rumah kita, mereka telah mencuri tanah kita, merekalah yang telah menghalau kita dari bumi kita sendiri. Oleh kerana itulah kita berada di sini hari ini.

Sebelum kakinya memasuki kawasan perkhemahan tersebut Ramzi terhenti sejenak. Dia teringatkan sesuatu. Tiga hari lepas adiknya Rana telah diserang asma lagi. Wang simpanan umminya telah digunakan semuanya untuk membayar kos hospital dan juga ubat ? ubatan. Rana bukan hanya sekadar menghidap asma, malah dia juga dijangkiti Tibi. Jadi, dari manakah ummi akan mendapat duit untuk membelikannya kasut yang baru ? duit ummi telah habis kesemuanya !, ahh, itu semua tidak penting. Yang penting, ummi telah berjanji dengannya. Ummi telah berjanji dengannya semenjak tahun lepas lagi untuk membelikannya kasut baru menjelang hari raya esok.

?Assalamualaikummmm…? jerit Ramzi ketika memasuki rumahnya. Pintu rumahnya yang diperbuat dari plastik kampit gandum ditolaknya. ?Walaikumsalam?, jawab umminya lemah. ?Krush, krush, krush? bunyi berus baju yang digunakan oleh umminya untuk memberus baju ? baju di dalam bilik air rumahnya. Oleh kerana pintu bilik air tidak ditutup dia dapat melihat umminya yang sedang asyik membasuh baju jiran ? jiran mereka. Itulah kerja umminya, mengambil upah membasuh baju ? baju jiran mereka yang agak mewah untuk menanggung kehidupan mereka bertiga, Ummi, dirinya dan juga Rana adik perempuannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia 3 tahun lalu, kehidupan mereka semakin sempit. Keadaan bertambah parah bila adiknya Rana sentiasa ditimpa sakit kerana tidak mendapat zat yang cukup sewaktu bayi. Di musim sejuk pula seirng mereka kesejukan kerana ummi tidak mempunyai duit untuk membeli minyak tanah untuk pemanas rumah mereka. Persekitaran kawasan perkhemahan yang kotor dan berhabuk di musim panas pula telah membuatkan Rana yang sememangnya lemah ketahanan badan menghidapi Tibi.

?Ummi…? Ramzi memanggil umminya. Umminya tidak sedikit pun menoleh ke arahnya, malah meneruskan kerjanya. ?Ummmiii!!!? jerit Ramzi. ?Apa yang kamu nak?, balas umminya sambil melirikkan matanya ke arah Ramzi. Ramzi mengangkat keningnya sambil memuncungkan mulutnya ke bawah menghala ke kasutnya. ?Apa dia ???? balas umminya dengan suara yang lemah seperti malas melayan anaknya. ?Kasut?, dia masih lagi menaikkan keningnya dan memuncungkan mulutnya menunjukkan ke arah kasutnya. ?Kasut apa ????…umminya membalas dengan suaranya yang lemah. ?Esok hari raya, kasut baru…ummi dah janji…? Ramzi berkata sambil tersenyum. ?Ummi tiada duit? umminya membalas sambil meneruskan kerjanya membasuh baju..?Krush, krush , krush?.

?Tapi ummi dah janji nak beli!? bentak Ramzi. ?Duit Ummi dah habis untuk membeli ubat Rana? umminya cuba memberikan alasan. ?Tapi ummi dah janjiiii!!!? kata Ramzi sambil menghentak ? hentakkan kakinya. ?Kan ummi dah kata, ummi tak ada duit!? balas umminya dengan suara yang tinggi. ?Tapi ummi dah janji !?, kali ini Ramzi agak agresif, dia melontarkan beg sekolahnya dan mencapai tin sardin kosong yang kebetulan berada di sebelahnya. ?Ummi belikan saya kasut atau saya baling ummi dengan tin ini!? ugut Ramzi, budak kecil berumur 6 tahun yang masih belum memahami erti penderitaan yang dialami oleh umminya. ?Berapa kali ummi nak kata, ummi tak ada duit !? jerit umminya sepenuh hati sehingga menyebabkan Rana yang sedang tidur menangis terperanjat. ?Sampai jaga adik kamu Rana, lebih baik kamu berhenti meminta ? minta kasut, atau ummi akan pukul kamu? jerit umminya mengugut sambil merenungnya dengan muka yang bengis.

?Plang? bunyi tin sardin kosong yang hinggap di kepala umminya. Bagaikan ledakan gunung berapi Krakatua umminya segera bangun sambil menyingsing lengannya. ?Mari sini kamu anak kurang ajar!? umminya menuju ke arahnya. Ramzi lebih cekap, dia awal ? awal lagi telah mengaturkan langkah seribu. Dia berlari keluar rumah dengan sepenuh hati. ?Anak tidak guna !?, ?Tak faham kata orang!?, ?Kurang ajar? dan pelbagai kata ? kata lain dihamburkan oleh umminya. ?Ummi penipu!!!? jerit Ramzi sambil berlari. Dia berhenti seketika, dia menoleh ke belakang, Umminya tiada lagi di muka pintu. Umminya telah masuk mendapatkan Rana yang sedang menangis kuat. Ramzi segera mencapai seketul batu yang besar, sebesar tangannya. Dia berpatah balik berhati ? hati ke arah rumahnya. ?Ini balasan bagi ummi yang menipu diriku!?, dia menuju ke arah pintu rumahnya, tanganya kecilnya segera mencapai pintu rumahnya yang diperbuat dari plastik bekas gandum dan segera mengoyakkannya. ?Screet?, koyak sudah pintu rumahnya, ?Anak tak guna!!!? jerit umminya dari dalam rumah yang berlari meuju ke arahnya. Dia segera berlari dan berhenti sejenak menoleh ke arah rumahnya dan melontarkan batu di tangan kanannya ke arah atap zing rumahnya. ?Mari sini kau anak kurang ajar!?, hambur ibunya dengan wajahnya yang kemerahan bagaikan lava gunung berapi yang meledak. Kali ini dia benar ? benar berlari dengan sepenuh hatinya. Dia tidak lagi menoleh ke belakang, kakinya membawa dia berlari tanpa henti, tanpa menoleh ke belakang, tanpa menghiraukan halangan di hadapan, tanpa haluan !

Di rumah Ummi Ramzi masih lagi memaki ? maki Ramzi. Segalanya dilepaskan keluar melalui mulutnya. Perasaan marah, geram dan baran bercampur membuatkan dirinya di luar kawalan. Di dalam rumah Rana terus menangis ketakutan, terperanjat dan tidak mengetahui apa ? apa…jiran ? jiran pula mula keluar melihat apa yang berlaku. Dua tiga jiran yang rapat dengan ummi Ramzi keluar menuju ke arah ummi Ramzi, memeluknya, mengurut belakangnya untuk mententeramkan ummi Ramzi. Ummi Ramzi masih lagi meneruskan upacara menyumpah seranah anaknya itu, bukan itu sahaja, malah dia turut memaki dan menyesali hari dia melahirkan Ramzi, lebih dahsyat lagi hari pertemuan, pertunangan, perkahwinan dan juga saat ? saat dia bersama arwah ayah Ramzi yang membawa kepada lahirnya Ramzi dilaknatnya…begitu hebat dorongan nafsu ammarah menguasai diri ummi Ramzi. Dia bagaikan hilang akal !. ?Sudahlah Fatimah, janganlah sebut perkara ? perkara tersebut, janganlah kau memaki ? maki lagi, dia hanya budak kecil. Dia belum faham apa ? apa lagi!?, jelas Mak Cik Nuha mententeramkan ummi Ramzi. ?Nanti kita kumpulkan duit belikan dia kasut baru, janganlah kau risau?, pujuk Mak Cik Hana. ?Masuklah ke dalam, nanti kalau dia balik pujuklah dia, jangan marah ? marah lagi, nanti batal pula puasa kamu tu, esokkan hari raya?, pujuk Mak Cik Sulma pula. Akhirnya Fatimah, ibu Ramzi masuk ke dalam rumah dan tenggelam dalam tangisannya sambil mendakap Rana yang masih lagi menangis diselangi dengan batuk dan tarikan nafasnya yang lemah.

Ramzi masih lagi berlari. Hari semakin gelap, dari kejauhan dia terdengarkan suara azan maghrib…?Dah masuk waktu berbuka puasa !?, dia ternampakkan paip air di tepi jalan, dia segera meminumnya. ?ahhh…lega tekak aku rasanya?. Dia menoleh ke belakang, dia tidak tahu di mana dia berada sekarang. Tirai malam semakin berlabuh, jalan semakin gelap, suara takbir raya semakin sayup dan semakin hilang. Dia berada jauh dari rumahnya, jauh dari kawasan khemah pelarian yang didiaminya, jauh dari umminya, jauh dari kasut raya yang baru, jauh dari hari raya. ?Aku mesti pulang, esok hari raya!?, dia mengatur langkah ke belakang. ?Tapi nanti ummi pasti marah dan memukul aku!?, dia menarik langkahnya kembali. Tiba ? tiba penglihatannya jetuh ke tepi jalan yang semakin gelap di telan malam. Ada plastik bekas gandum !, dia segera menuju ke arah plastik tersebut dan mencapainya. ?Hah, mungkin kalau aku gantikan pintu rumah yang telah aku koyakkan tadi dengan plastik ini ummi tidak akan marah!?. Guruh mula berbunyi, langit yang gelap bertukar menjadi merah, tanda hujan akan turun. Angin malam di musim sejuk itu semakin menikam setiap inci kulit tubuh Ramzi yang kurus itu. Baju sejuknya tidak dapat menahan kegilaan angin malam yang bertiup. Ramzi mula menggigil. Dia bertekad untuk pulang!, kakinya dihayunkan menyusuri jalan ? jalan yang telah dilaluinya. Jalan ? jalan itu sepi, di kiri dan kanannya hanya padang pasir, dan juga lolongan anjing ? anjing liar, Ramzi ketakutan, dia semakin mempercepatkan perjalanannya.

Di kawasan khemah pelarian rumahnya, jiran ? jiran yang sudah selesai berbuka mengerumuni rumahnya. ?Dia belum balik ???!!!? jerit Pak Cik Amjad, suami Mak Cik Nuha terkejut. ?Mari kita cari dia, kesian budak tu, mesti sesat tu!?, anjur Pak Cik Syuqair suami Mak Cik Hana, ?Dah gelap dan nak hujan ni mari kita segera cari dia!?, kata Pak Cik Samir suami Mak Cik Sulma sambil memegang lampu picit di tangannya. Suara takbit dari mesjid berdekatan masih lagi berkumandang. Hujan sudah mula turun. Pak Cik Amjad, Pak Cik Syuqair, Pak Cik Samir dan jiran ? jiran lelaki yang lain memulakan operasi mencari Ramzi di luar kawasan khemah pelarian tersebut. Ada yang menuju ke pekan, ada yang menuju ke sekolah, ada yang menuju ke arah padang pasir dan ada yang tidak tahu ke mana hendak dituju. ?Ramziiii, Ramziiii, Ramziii…? semua menjerit mencari Ramzi dalam kegelapan malam. Tanpa lampu neon di tepi jalan, tanpa bulan penuh yang menyinari bumi, tanpa lampu ? lampu sport light yang membantu. Hanya lampu picit dan pengalaman menyusuri jalan ? jalan tersebut menemani mereka dalam usaha mencari Ramzi. ?Ramziii, Ramziii, Ramziiii…? jerit mereka semua. Hujan turun semakin lebat.

Ramzi mempercepatkan lariannya dalam kelebatan hujan. Jalan di hadapannya tidak kelihatan, cahaya juga tidak kelihatan, suara juga tidak kedengaran…semuanya gelap dan sunyi. Kakinya terus berlari… ?Gebeduk?, dia terjatuh terlanggar seketul batu di tengah jalan. Plastik yang digenggam kuat oleh tangannya tadi terlepas melayang jatuh ke dalam parit di tepi jalan. Dalam kegelapan malam dia masih dapat melihat plastik tersebut jatuh ke dalam parit. ?Tanpa plastik , ummi akan pukul aku!? getus hatinya. Dia nekad terjun ke dalam parit yang airnya setinggi lututnya sahaja. Dia meraba ? raba mencari plastik, tetapi air parit itu mengalir deras kerana air hujan yang turun mencurah ? curah. Dia berlari mengikut arus air parit, terus meninggalkan arah pulangnya, dia menuju semula ke arah padang pasit dengan mengikuti aurs air parit untuk mengambil plastik tersebut. Air semakin tinggi. ?Yah dapat!? tangannya menggenggam sekeping plastik dalam kegelapan. Aras air parit semakin naik ke aras pusatnya. Ramzi cuba untuk naik ke bahu jalan, dia cuba sedaya upayanya, tetapi parit itu sungguh licin, arus air semakin kuat, dia semakin lemah. Dia cuba berpaut lagi, tangannya dapat memegang bahu jalan, tetapi air hujan yang turun menyebabkan tangannya hilang kudrat dan akhirnya terlepas. Plastik di tangannya juga terlepas…?Plastikkk!?, Dia mengejar plastik tersebut, dia semakin laju, plastik juga semakin jauh meninggalkannya. ?Ahhh?, dia dihanyutkan arus air yang deras…dia kelemasan, dia tidak dapat berpaut, dia tidak dapat mengambil plastik, dia tidak dapat melihat, dia tidak dapat bernafas, dia dibawa oleh arus air yang deras!

Jiran ? jiran telah putus asa mencarinya. Jam sudah menunjukkan pukul 12:00 malam. Esok hari raya, mereka perlu pulang membuat persiapan hari raya eidul fitri yang akan muncul esok hari. Baju baru, makanan yang enak ? enak, solat eid di padang, ziarah menziarahi, manisan ? manisan dan kasut baru. ?Sabarlah Fatimah, nanti esok pulanglah dia, sekarang dah malam, mungkin dia tidak nampak jalan pulang?, pujuk Pak Cik Amjad. ?Puas sudah kami cari, tapi tak jumpa, nanti esok selepas solat Eid kami akan cari lagi?, jelas Pak Cik Syuqair. ?Doalah banyak ? banyak, Insya Allah dia selamat? ucap Pak Cik Samir yang kelihatan benar ? benar letih. Mereka semua pulang ke rumah untuk berehat dan seterusnya menyambut hari raya Eidul Fitri keesokan harinya. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya membasahi bumi Gaza.

Pada keesokan harinya matahari muncul bersinar. Tiada lagi hujan, tiada lagi kegelapan. Suara takbir berkumandang dari corong ? corong masjid. Kaum muslimin di kawasan khemah pelarian tersebut keluar beramai ? ramai untuk menunaikan solat sunat Eidul Fitri di tengah padang sesuai dengan sunnah Rasulullah S.A.W yang menunaikan solat sunat Eid di tengah padang yang lapang. Fatimah, ummi Ramzi masih lagi menangis di rumahnya menantikan kepulangan Ramzi. Ramzi tidak kunjung tiba. Nun juh dari kawasan khemah pelarian tersebut, merentasi padang pasir di kawasan Gaza, terdapat sebuah kawasan takungan air. Segala parit ? parit di kawasan Gaza akan mengalir ke sana. Di sebalik laungan takbir dari akwasan ? kawasan persekitaran, kelihatan sekeping plastik bekas gandum terapung ? apung bersama barang ? barang lain yang dihanyutkan dari pekan, dari kawasan khemah ? khemah pelarian, dari kawasan ? kawasan yang berdekatan. Kelihatan juga di gigi air takungan tersebut seorang anak kecil lingkungan enam tahun sedang berusaha mengait sebuah kasut yang terapung ? apung di tepi gigi air kawasan takungan tersebut….

Maszlee Malik
4/3/2004

IRKHS Dept, Pusat Matrikulasi UIAM, 46350 Petaling Jaya, Selangor.