Categories
Berita Semasa

Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza Tertunda oleh Faktor Sampingan

Rabu, 20/10/2010 – Kelewatan berlepas Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza disebabkan oleh pemerasan yang dilakukan oleh pembekal kapal kargo, Pusat Maklumat Palestin memberitahu.

Dijadualkan berangkat hari Isnin pagi, perjalanan itu ditunda setelah awak-awak kapal menuntut gaji yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sumber-sumber mengatakan kepada PIC bahawa pembekal kapal meminta USD $ 140,000,berbanding sebelumnya disepakati sebanyak USD $ 70,000.

aktivis asing dan Arab telah diarahkan untuk bersedia untuk perjalanan sejak pagi kelmarin. Mereka dijadualkan akan berangkat menuju pelabuhan Syria Latakia jam 8:00 am GMT sebelum menuju ke pelabuhan Al-Arish Mesir.

Jawatankuasa penyelaras konvoi sektor Jordan Ala Burqan menyatakan penyesalan mendalam atas keputusan Mesir untuk menyekat aktivis dari masuk ke Jalur Gaza.

“Wail Al Saqa, Ketua Konvoi Talian Hayat Jordan ke Gaza, berlepas hari ini untuk bertemu dengan delegasi lain menuju Al-Arish Mesir walaupun Mesir menyekatnya dengan harapan bahawa perundingan dengan beberapa pihak Mesir akan membolehkan dia untuk masuk,” tambah Burqan.

Burqan meminta pihak berkuasa Mesir untuk memudahkan transit untuk konvoi ini dan memberikan izin kepada semua yang telah dilarang untuk menyertai dalam misi “meneyelamatkan Gaza dan saudara mereka”.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan mereka telah menolak 17 orang disenaraikan dalam konvoi. Kebanyakan mereka dari Jordan, termasuk 5 aktivis UKdan 2 aktivis Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen