
Rabu, 20/10/2010 – Pergerakan HAMAS mengutuk sekeras-keras tindakan Israel yang menculik penggubal undang-undang Hatem Qufaisha daripada rumahnya pada pagi hari Isnin, dan membawanya ke tempat yang dirahsiakan, sambil menambah bahawa tindakan itu ialah satu tindakan yang membelakangi norma dan undang-undang antarabangsa.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Isnin, HAMAS menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal keselamatan Qufaisha dan mendesak pembebasan segera Qufaisha.
Pergerakan itu menekankan bahawa perbuatan Israel itu ialah sebahagian daripada kempen penculikan yang dilancarkan Israel dan pihak berkuasa Palestin menentang Penggubal Undang-undang Palestin. Kempen ini bertujuan untuk melemahkan peranan aktif mereka dalam mempertahan rakyat Palestin dan semangat kebangsaan mereka.
HAMAS memanggil organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk mendesak pembebasan segera Ahli Parliman Qufaisha daripada tahanan Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz