Categories
Berita Semasa

Bardawil: Israel Harus Bayar Harga Shalit

Rabu, 03/11/2010 – Pemimpin gerakan Hamas dan juga Wakil Ketua Parlimen, Dr. Sholah Bardawil menegaskan, Israel harus membayar harga Shalit dan melaksanakan syarat yang ditetapkan faksi pejuang.

Pernyataan tersebut diungkapkan dalam majlis perpaduan yang diselenggarakan oleh Persatuan Tahanan dan bekas Tahanan, Isnin pagi (1/11) di depan pejabat pusat Palang Merah di Khan Yunis bersama para tahanan di penjara Israel.

Bardawil menambah, membebasan tahanan merupakan hutang yang melilit di leher kita masing-masing, ia tidak akan terlepas sampai kita berusaha membebaskan mereka. Kerana itu, kita wajib melepaskan kezaliman yang melilit mereka. Beliau menambahkan, meskipun para tahanan mengalami kezaliman yang dilakukan Israel, namun mereka tetap konsisten dan tetap utuh memegang prinsip.

Tokoh Hamas ini meminta badan hak asasi manusia antarabangsa dan semua pihak berkaitan untuk bekerja dengan serius untuk merealisasikan tuntutan para tahanan dan membebaskan mereka. Beliau menegaskan, Hamas akan terus berusaha sekuat tenaga membebaskan mereka.

Dalam sambutan mewakili keluarga tahanan, beliau menyatakan bahawa para tahanan dilarang menerima kunjungan ahli keluarga, mereka dikurung di sel terasing dan tidak mendapat makanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman