Categories
Berita Semasa

Zionis luluskan projek Jambatan Gerbang Maghribi

Khamis, 04/11/2010 – Tabung Warisan dan Sejarah Al-Quds atau nama tersiratnya ” Biro Perancangan dan Pembangunan Daerah Zionis dalam Al-Quds” mengumumkan dalam kenyataanya pada hari Selasa (2 November), plan yang telah diluluskan beberapa hari yang lalu, iaitu rancangan membina Jambatan Pertahanan Ketenteraan di antara Tembok Buraq dan Gerbang Maghribi dalam Masjid Al-Aqsa.

Sebuah akhbar Hebrew pada Jumaat lalu menyiarkan kelulusan projek seperti plan asal. Biro telah memberi respon terhadap kelulusan ini seperti, “projek ini bertepatan dan konsisten dengan politik Israel iaitu untuk menyatukan Al-Quds di bawah pentadbiran Israel, khususnya dekat kawasan Dinding Barat.

Perkara penting yang perlu dilihat dalam projek ini adalah jambatan yang luas ini mampu menampung ribuan pelancong asing, pendatang haram Zionis dan kumpulan-kumpulan Yahudi Masjid Al-Aqsa. Besar kemungkinan jambatan ini boleh digunakan untuk memindahkan sejumlah besar alatan dan kenderaan ketenteraan kerana rekaan jambatan ini memang dirancang untuk membolehkan laluan bagi kenderaan tentera dan polis merentasinya dalam waktu yang sama, seperti yang telah didedahkan oleh As-Syeikh Raed Salah (pemimpin Hamas) dan Yayasan Al-Quds berulang-ulang kali sejak 2007 lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen