Categories
Berita Semasa

Tentera Menghalang Rakyat Palestin Menghampiri Ladang di Hebron

Khamis, 04/11/2010 – Pada pagi Jumaat, tentera rejim Israel menghalang petani Palestin dari bekerja di ladang mereka, yang bertentangan dengan Tembok Pemisah, di bahagian barat bandar Beit Ula, barat laut Hebron.

Issa al-Emleh, koordinator Kempen Kebangsaan Menentang Tembok, melaporkan bahawa tentera Israel menutup pintu masuk dan jalan menghala ke lembah al-Gelmoun, barat Beit Ula. Penutupan itu menghalang petani dan ahli Kempen Kebangsaan Menentang Tembok daripada menghampiri tanah mereka, yang terletak bersebelahan tembok itu.

Penduduk cuba untuk menhampiri ladang dan dusun mereka dalam usaha untuk menyediakan tanah bagi menanam pokok Zaitun. Al-Emleh juga menambah bahawa askar itu terus menghalang petani Palestin daripada menuai hasil di kebun mereka, dengan papan tanda bahawa kawasan itu merupakan ‘Zon Tertutup Ketenteraan’.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : redz