Categories
Berita Semasa

Israel Mula Bina Pagar Sepanjang Sempadan Mesir

Rabu, 24/11/2010 – Kerajaan Israel akan memulakan pada hari Isnin untuk menaikkan pagar berteknologi tinggi berharga NIS 1.35 bilion bertujuan mencegah pendatang tanpa izin daripada masuk ke negara haram itu, kata Radio Israel.

Keselamatan Israel akan memasang sensor elektronik di sepanjang sempadan untuk memantau kawasan tersebut. Menteri Perang Israel Ehud Barak berkata projek tersebut merupakan keutamaan nasional sambil mengarahkan para pegawai senior dalam perkhidmatannya untuk memantau pagar itu dibina secepat mungkin.

Pegawai tetinggi perkhidmatan perang rasmi Israel Udi Shani berkata projek ini dilancarkan hanya beberapa bulan selepas diluluskan oleh kerajaan hasil perancangan dan proses tawaran yang dipercepatkan.

Sekitar 400 pendatang haram mingguan, sebahagian besar dari Afrika untuk mencari pekerjaan, berusaha untuk menyelinap ke Israel walaupun di sempadan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen