
Jumaat , 10/12/2010 – Dua warga Palestin terbunuh di sebelah timur kota Gaza pada Khamis pagi selepas pasukan pendudukan haram Israel (IOF) menembak mereka, lapor radio Israel.
Dia menambah, dua warga Palestin mendekati pagar keselamatan dan tentera Zionis IOF menembak dan membunuh mereka. Mereka mendakwa kononnya warga Palestine itu merancang serangan terhadap sasaran Israel.
Di Tebing Barat, pasukan Israel menyerbu sejumlah desa di daerah Al-Khalil dan menghancurkan telaga timur Yatta pada saat seluruh daerah menderita kekurangan air yang serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en
penterjemah : syuhada