Categories
Berita Semasa

Bertahun di Dalam Penjara Tak Lunturkan Tekad Mazen Netsyah

Jumaat , 10/12/2010 – Mazen Jamal Netsyah dilahirkan di Hebron pada 18/3/1972. Selama hidupnya beliau tidak mengenal istirehat. Lebih dari lima pemerintah Israel menangkapnya. Terakhir beliau ditangkap dengan undang-undang pentadbiran yang terus diperbaharui hingga tiga kali.

Ummu Khudzaifah, isteri beliau menjelaskan hal ini kepada badan kajian kebebasan dan Hak Asasi Manusia. Beliau menjelaskan bahawa suaminya sudah ditangkap sejak 1996 dan ditahan selama satu tahun. Setelah melewati dua tahun masa tahanan, suaminya kembali ditangkap dan dipenjara selama 13 bulan pada tahun 2002. Setelah beliau dibebaskan beberapa bulan lamanya kemudian ditangkap kembali selama Sembilan bulan lamanya. Setelah dibebaskan, beliau ditangkap kembali untuk kali ketiga dan dipenjara selama hampir empat tahun. Kemudian berulang kali, masa tahananya dipanjangkan selama enam bulan lagi.

Netsyah dikenali ramai kerana mempunyai hubungan yang luas dengan pelbagai pihak. Beliau disenangi banyak orang, selain sebagai seorang pemidato yang hebat. Beliau belajar ilmu agama di Hebron dan mendapat ijazah dalam bidang syari’ah dan usuludin. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan. beliau hanya perlu menyelesaikan satu subjek sahaja lagi. Sebenarnya beliau telah mendaftar sebagai mahasiswa peringkat sarjana sejak tahun 2003 di universiti Al-Quds. Namun kerana sering dipenjarakan pengajiannya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.

Sepanjang tempoh perkahwinan yang sudah menjangkau 10 tahun, beliau tidak pernah hidup bersama dengan isteri dan keluarganya kecuali hanya dua tahun saja dan Sembilan bulan secara terpisah-pisah. Sisanya beliau habiskan di dalam penjara Israel. Ummu Khudzaifah menambah, kehilangan suami yang ditangkap berulang-ulang oleh penjajah Zionis, mengakibatkan kehidupannya sangat sukar. Beliau mengatakan, beliau adalah mahasiswi perubatan ketika suaminya ditangkap pada tahun 2002. ketika itu mereka baru mempunyai seorang bayi dan beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master, pakar wanita dan perbidanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

2 replies on “Bertahun di Dalam Penjara Tak Lunturkan Tekad Mazen Netsyah”

Masya’Allah, inilah dikatakan tidak berputus asa dalam perjuangan..Walaupun diulit hidup dengan penjara tapi masih menuntut ilmu hingga ke peringkat tinggi.

Comments are closed.