Israel membunuh 4 orang Palestin dalam keganasan terbaru di Gaza

Selasa, 07/03/2006 – Sumber perubatan berkata, askar penjajahan Israel pada hari Isnin telah membunuh sekurang-kurangnya empat orang Palestin di Semenanjung Gaza, termasuk dua orang awam

Pembunuhan terbaru ini berlaku apabila helikopter penembak Israel menembak peluru berpandu kepada sebuah kereta awam lantas membunuh empat orang penumpang termasuk dua kanak-kanak. Tentera Israel berkata penumpang tersebut dikaitkan dengan kumpulan penentang Palestin.

Tentera Israel kebelakangan ini telah meningkatkan usaha membunuh orang awam Palestin dan aktivis semasa serbuan awal hari di pusat-pusat penempatan Palestin. Menurut sumber kumpulan hak asasi manusia, seramai 27 orang Palestin dibunuh oleh tentera Israel sepanjang February.

Para pemerhati mengaitkan peningkatan keganasan itu dengan menjelangnya pilihanraya Israel.