Amerika Meminta Dunia Iktiraf Tembok Israel Sebagai Sempadan Antarabangsa

Selasa, 07/03/2006 – Dengan alasan menolak dasar pemerintahan Palestin yang dikuasai Hamas, Israel ? melalui pejabatnya ? mulai berfikir menggambar dan menetapkan sempadan akhir negara Israel secara sepihak tanpa berunding dengan Palestin, pemilik autoriti dalam hal ini.

Isyarat Israel pertama datang dari Evi Dekhter, mantan ketua perisikan Israel yang juga salah seorang pemimpin penting Parti Kadima iaitu parti yang berkuasa sekarang, beliau menegaskan bahwa jika telah jelas bahawa tidak ada penyertaan Palestin dalam perundingan maka Israel akan merasmikan sendiri sempadan akhir wilayah Israel.

Beliau menambah, langkah pemisahan Israel dari Jalur Gaza yang sudah dilakukan adalah atas usaha partinya sendiri. Langkah ini akan menjadi langkah sivil untuk menyatukan kawasan-kawasan yang sedia ada. Beliau mengisyaratkan bahawa pasukan Israel akan tetap berada di wilayah-wilayah yang ditinggalkan dan akan bertanggungjawab untuk menggagalkan kumpulan pejuang Palestin jika pihak penguasa Palestin tidak mahu berunding.

Sikap ini muncul ketika akhbar harian, Israel Haarets mengutip sumber-sumber politik Israel bahawa negara Israel akan meminta kepada Amerika Syarikat agar dalam proses pemisahan akan datang yang dilakukan Israel, mengiktiraf tembok perkauman Israel sebagai sempadan antarabangsa rasmi. Ini bermaksud Israel diiktiraf untuk menguasai kawasan-kawasan besar di Tepi Barat berdasarkan surat yang diserahkan oleh Bush kepada Sharon pada April 2004; dimana wilayah Israel adalah keadaan realiti yang tidak mungkin diubah. (qp/atb)