Jumaat , 24/12/2010 – Ahli parlimen Hamas di Tebing Barat menghantar mesej kepada ketua keadilan Palestin di Ramallah, Dr Farid Al-Jallad meminta beliau mengambil semua langkah yang perluk untuk mempercepatkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi mengenai pembebasan tahanan di penjara PA di Tebing Barat.
Mesej yang dihantar pada Rabu lalu mengatakan pihak berkuasa PA perlu melaksanakan keputusan mahkamah tinggi dan melaksanakan supremasi undang-undang untuk menjaga reputasi penghakiman dan institusinya.
Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua Hamas menyindir PA yang mahu memindahkan tahanan yang mogok lapar ke penjara berdekatan daerah tempat tinggal keluarga mereka , sambil menekankan mereka harus segera dibebaskan dan tidak perlu bergerak dari satu penjara ke penjara yang lain.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz