Categories
Berita Semasa

Meshaal: Warga Palestin tidak mahu negara hanya pada nama

Jumaat , 24/12/2010 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal berkata pada Rabu bahawa warga Palestin tidak mahu negara hanya pada nama yang diiktiraf dunia, tetapi sebuah negara dengan kuasa autonomi sendiri, tidak dijajah, dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Meshaal berkata pada Rabu dalam ucapan alu-aluan yang hangat kepada Konvoi Asia 1 yang menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, “Anda semua orang yang berani dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi. Beritahulah rakyat anda bahawa warga Palestin dan Arab berterima kasih atas kedatangan konvoi ini.”

“Saya mahu anda semua tahu bahawa Israel adalah tidak sah, kini dan selamanya. Ia merupakan sebuah negara penjajah, pembunuh dan perkauman serta mengetuai keganasan di seluruh dunia. Jenayah Israel bukan hanya di Gaza”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati