Categories
Berita Semasa

Qabha: Enam Tawanan Lanjutkan Mogok Lapar

Rabu , 29/12/2010 – Menteri Urusan Tawanan Pemerintah Palestin, Ir. Washfi Qabha menyebutkan bahawa enam orang tawanan di penjara autoriti Ramallah terus melanjutkan mogok lapar sehingga tuntutan mereka ditunaikan. Sementara itu Dr. Ghassan Dzauqan menghentikan mogok lapar, sambil menegaskan bahwa minum susu, air dan garam tidak dianggap menghentikan tindakan tersebut.

Dalam satu pernyataan,Khamis (23/12) Qabha menyatakan bahawa enam tawanan di penjara Abbas; Muhannad Nairukh, Wasam Qawasimi, Majdi Abid, Ahmad Awiwi, Muhammad Suqiyah dan Wail Baitor meneruskan mogok lapar yang telah berlangsung selama 28 hari.

Qabha menyatakan ada salahfaham berkenaan minum susu dan air yang dilakukan para tawanan. Bagi mereka yang pernah ditawan di penjara Israel, ketika melakukan aksi mogok lapar tidak dianggap berhenti hanya dengan minum susu, air dan garam untuk berjaya mendapat tuntutan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman